بسم الله الرحمن الرحيم
Agak lama artikel yg bertajuk Jilbab syar'i dan jilbab funky tersimpan rapi dalam file saya. tajuk yang sangat menarik pada pandangan saya ketika saya melewati salah satu blog yang ada di alam maya ni. tanpa segan silu, terus saja tangan ni meng'save'kn artikel ini.
ingin saya catatkan secara ringkas isi artikel ini untuk dikongsi bersama sahabat2 yang tercinta..
------------------------------------
Berdasarkan ayat di atas, dapat dirumuskan maksud hijab atau jilbab yang sebenar ialah :
- menutupi seluruh tubuh, sepertimana firman Allah SWT "Hendaklah mereka itu mengeluarkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka" [ Al-Ahzab : 59]
- mksud daripada berhijab adlh untuk menutup tubuh wanita dari pandangan kaum lelaki dengan syarat mestilah tidak nipis, mengikut bentuk badan, pendek,bercorak menarik dan seumpamanya yang mana boleh menarik minat kaum lelaki melihatnya.
- hendaklah pakaian yang dipakai longgar agar tidak menampakkan bahagian2 yang menarik pada anggota tubuh
- tidak berwangi-wangian sebagaimana sabda Rasulullah SAW "Sesungguhnya seorang wanita yg memakai wangi-wangian kemudian melewati kaum lelaki bermaksud agar mereka mencium aromanya,maka ia telah melakukan perbuatan zina" [HR Tirmidzi]
- pakaian wanita tidak boleh menyerupai kaum lelaki
- tidak menyerupai pakaian orang kafir
- berpakain bukan dengan tujuan untuk bermegah-megah atau untuk dikenali. "Siapa yang mengenakan pakaian tersohor (bermaksud supaya dikenali) di dunia, maka AllahSWT akan memberinya pakaian hina di hari kiamat, lalu dinyalakan api pada pakaian tersebut" [HR Abu Daud]
hari ini, boleh dikatakan di mana sahaja kita dapat lihat para wanita berjilbab sehingga boleh dikatakan ianya telah menjadi lumrah dalam masyarakat. namun,dari sudut lainnya, pemakaian jilbab yang seharusnya bertemakan ciri2 yang disyari'atkan Islam seolah-olah telah berubah fungsi dan ajara.majoriti yang kita lihat bukan lagi pemakaian jilbab yang betul, tetapi ianya lebih kepada trendy dan mode atau lebih dikenali sebagai 'jilbab funky' yang kebanyakannya menyimpang dari syarat2 yang ditentukan syarak.
apa dia jilbab funky nii??
erm..mai sini nak habaq..
- tidak ditutupkan bahagian yang wajib ditutup. pakai tudung,tapi masih menampakkan bahagian dada atau yang lebih trendy, memakai jilbab tetapi pada masa yang sama, lengan baju dibiarkan singkat/memakai baju lengan pendek.
- berjilbab, tetapi memakai pakaian yang ketat, kain yang nipis sehingga menampakkan susuk tubuh w/pun telah berjilbab
- tidak kurang juga yang hanya memakai jilbab pada masa2 tertentu shaja.contohnya ketika kenduri,majlis2 agama,dan seumpamanya.ada sebahagian juga memakai jilbab yang boleh dikatakan sebagai selendang yang hanya diletak atas kepala dan jelas,nyata dan terang masih memperlihatkan rambut mereka yang kononnya cantik untuk dipertontonkan.
- [maaf dipinta,bkn niat mengaibkn ipt sndiri tapi buat shbt2 kuis, klo ada yg kurang fhm bagaimana jilbab funky, boleh lihat di sekeliling shbt2 sendiri..rasanya terlalu byk 'CONTOH' jilbab funky di sini skg]
janganlah sampai kita mnjadi kaum yang mengambil mudah apa yang diperintah Allah SWT.. bagaimanakah penilaian Allah SWT dan RasulNya nnt?
wallahu'alam..~