Muslim - Kristian??

بسم الله الرحمن الرحيم


" Saya Muslim dan saya jg Kristian"

Apa yg akan bermain di minda anda klu ada yg membuat pengakuan spt itu? Masuk akal ke? Lazimnya ia tdk blh dterima. Pada pandangan Islam, keadaan itu membabitkan akidah yg bertentangan dgn pegangan akidah Islam.

Akhbar Seattle Times di AS yg bertarikh 17 Jun 2007 telah melaporkan satu kenyataan yg dikeluarkn seorang rahib perempuan, Reverend Ann Holmes Redding,55, bahawa dirinya 100 peratus Muslim dan Kristian.

Redding mendakwa telah melafazkan dua kalimah syahadah pd bulan Mac 2006 . Beliau telah mempelajari Islam menerusi buku-buku dan kemudian mendalaminya drpd beberapa org pemimpin Islam tempatan, termasuk golongan Sunnah dan Sufi. Seterusnya mula mendirikan solat bersama sebuah kumpulan Islam bermazhab Sunnah di Pusat Al-Islam yg kebanyakan ahlinya bermazhab Sunnah keturunan Afrika-Amerika.

Turut dilaporkan ialah, Redding akan memakai tudung hitam utk bersiap sedia mendirikan solat bersama kumpulan Muslimnya di First Hill selepas matahari tergelincir pd hari jumaat. "Pada hari ahad pula, Redding akan memakai kolar putih seorang paderi Episcopal. Beliau melakukan kedua2nya kerana dia beragama Kristian dan Islam."


Redding jg berfahaman bhw perkara yg menjadi perbalahan antara Kristian dan Islam ialah mengenai sifat Jesus Christ (Nabi Isa) sbnrnya blh diatasi. Beliau tdk percaya Jesus dan Tuhan adlh sama tetapi Tuhan adlh lebih drpd Jesus manakala fahaman Trinity (Tiga dalam satu) adlh satu tanggapan yg tdk blh diambil secara harfiah.

Menurut kepercayaannya, jesus adlh ank Tuhan yakni semua manusia adlh ank Tuhan manakala jesus suci disebabkan semua manusia adlh suci krn Tuhan berada di dlm diri mereka.

Redding yg sblm ini berjawatan sbg pengarah 'pembentukan akidah' di gereja besar St. Mark's Episcopal dan mnjadi rahib selama 20 tahun menndakwa tertarik dgn Islam slps diperkenalkan dgn cara solat dlm Islam. Beliau mendapati disiplin solat lima kali sehari mmberinya satu kesedaran yg amat mndalam mengenai perhubungan dengan Tuhan yg amat diidam-idamkannya.

Walaupun mendirikan solat lima waktu sehari dlm bahasa arab, namun Redding menjelaskan solatnya tidaklah spt yg biasa ada pd agama Kristian dan Islam. Solat itu adlah percakapannya secara peribadi dengan tuhan atau Allah. beliau kerap menggunakan kedua-dua nama itu sekaligus. "Dia adlh orang yg sama, bersembahyang kpd Tuhan yg sama."

"Saya adlh seorang Kristian dan Islam, kedua2nya sekali, spt jua saya seorang rakyat Amerika keturunan Afrika dan seorang perempuan. Saya seratus peratus berpegang pada dua2 agama itu," katanya.

Katanya lagi, tarikan kpd Islam dan menyerah diri kpd Tuhan sukar hendak diperjelaskan.

"Ia bukanlah mengenai kecendikiawan. Apa yg saya tahu ialah panggilan hati saya kpd Islam itu banyak mengenai identiti saya dan apa yg patut saya jadi." Tambahnya, "saya tidak boleh tidak menjadi seorang Muslim"

"Memasuki Islam macam masuk ke pangkuan satu keluarga yg telah terpisah. Kita bukan hanya mempunyai Tuhan yg sama, tetapi datuk nenek yg sama pada Abraham (Nabi Ibrahim)."

Redding berhasrat menubuhkan sebuah institut pengajian Judaisme, Kristian dan Islam. "Saya rasa apa yg berlaku pd diri saya ini adlh satu tanda harapan."

Menurut Biskop yg menjadi ketua rahib ini, Rt. Rev. Vincent Warner menerima Redding sebagai seorang rahib dan seorang Muslim. menurutnya kemungkinan fahaman yg boleh muncul antara agama ini menarik.

Manakala beberapa pemimpin Islam tempatan tidak tahu apa yg hendak dikatakan.

Hisham Farajallah, presiden Pusat Islam Washington berkata, "saya tidak tahu apa hendak dikatakan."

Bagaimanapun kumpulan Islam, Pusat Al-Islam Seatle pula menyambutnya dgn mesra. "Islam tidak mengatakan sekiranya anda Kristian maka anda bukan seorang Muslim," kata Ayesha Anderson, pengarah program pusat itu.

Profesor Emiritus Eugene Webb, dari fakulti pengajian perbandingan agama Universiti of Wahington berkata, walaupun pandangan popular Kristian ialah Jesus itu Tuhan dan dia turun ke bumi dgn menjelma sbg manusia, lain2 golongan Kristian percaya kesuciannya itu bermakna dia merangkumi roh Tuhan dalam hidup dan kerja2nya sekali. Menurutnya lagi, utki menjadi seorang Kristian dan Islam itu memang berkemungkinan, "ia adlh menganai penafsiran. Tetapi mereka dikedua-dua belah pihak tidak percaya pd penafsiran."

Namun, bagi seorang profesor pengajian Islam dan perbandingan agama di Temple Universiti di Philadelphia, Mahmoud Ayoub menegaskan kepercayaan theologi tidak blh disatukn. Islam berpegang bhw Tuhan itu satu, unik dan tidak dpt dilihat. "Bagi muslim yg mengatakan Jesus itu Tuhan adlh murtad."

Selain itu, Frank Spina, paderi Episcopal dan profesor Old Testament dan theologi biblikal di Seatle Pacific University berkata, "saya tidak fikir ini boleh dilakukan. Saya rasa anda mesti lepaskan apa yg penting kpd agama Kristian utk melakukan apa yg telah dilakukan Redding. Initpati bg agama Kristian ialah Jesus danbukanlah seorang Rabbi yg terbesar mahupun seorang nabi besar, tetapi dia adlh penjelmaan Tuhan yg mencipta dunia, jatuh bangun agama Kristian adlh pd diri Jesus."

Redding sedar bhw ramai org Kristian dan Islam tidak dpt menerima apa yg dilakukannya.

"Saya tidak peduli", tegasnya. "Mereka tidak boleh membatalkan baptisme saya." Dan spt yg difahaminya, setelah melafazkan kalimah syahadah maka tiada sesiapa yg blh berkata bahawa dia bkn Islam.

Fenomena ini adlh satu perkara yg tidak mustahil berlaku di mana2 shj. Hal ini berlaku apabila seseorang itu terperangkap dlm satu situasi dimana dua fakta bertentangan terikat pd satu pd satu kesetiaan.
Begitulah yg berlaku pd Redding yg mempecayai dan setia pd agama asalnya tetapi mempunyai pandangan tersendiri terhadap Jesus, dan apabila dia tertarik pd Islam dan melafazkn syahadah, dia tidak pula mahu melepaskan pegangan asalnya.

Ditegaskan di sini, dalam agamai Islam, apabila seseorang mempercayai agama lain adalah murtad. Keislamannya boleh terbatal dengan melalui perkataan,perbuatan atau niat yg bertentangan dengan Islam.

Agama Islam berpegang kepada dua kalimah syahadah, bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Islam juga berpegang bahawa Nabi Isa bknlah Jesus, tetapi seorang manusia yang mempunya ibu tetapi tiada bapa dan juga seorang Nabi bukannya anak Tuhan.

Dapat disimpulkan di sini, kita sebagai seorang Muslim perlu menjaga keimanan yg sedia ada dan sentiasa memelihara dan berwaspada dalam kehidupan harian agar terhindar daripada perkara2 yang boleh menjejaskan akidah Islam. Sewajarnya kita mengambil iktibar drpd apa yg telah diperkatakan ini.


Firman Allah yang bermaksud, Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan dosa orang yang syirik dengan-Nya. Dan Dia mengampun dosa yang lain dari itu. (Surah an-Nisa: 116)

Wallahu'alam.






"Saya pn boleh drive! "


بسم الله الرحمن الرحيم


[Padahal keta ada. Lesen pun ada..tapi..]

Barangkali ada yg masih igt/ perasan dgn ayt di ats ni yg telah sy coretkan dlm post yg lalu. Ye, mmg keta ada, lessen pn ada. Minyak pn ada. Tapi 1 je yg x ada..keyakinan..Dah setahun lessen dlm genggaman, bermakna da sethn jgk la abg sy ajaq adk dia ni drive. Tapi still cm dulu. [baik x pyh amek lessen] kan..kan..kan..

Tapi, bila jd mcm semlm, bru timbul rasa sesal dlm diri bila x blh ke umah nasuha sendiri. Terpaksa tggu smpai ptg utk pegi bersama mak dn ayh. “ tu la, keta da ada.untung klu pndai drive, blh p awai2 td” igt lagi apa yg ayh ckp tgh ari tu..huhu..

Pas mgrb sy pn……………….

“ salam, abgngah bila free? Tlg ajaq bwk keta sampai terrer blh?”

...........................................

“ok”

= D

>> Sy akn pastikan lessen sy ‘berfungsi’ pas ni, insyaAllah..~~

>> Semoga dipermudahkan segalanya..ameen..

chaiyok2!!


"TakZiah Nasuha.."

بسم الله الرحمن الرحيم


[“assalamu’alaikum zati. Mak Nasuha dah x da"]

"Innalillah.." pekataan pertama yang mampu keluar dr mulut ini setelah dikhabarkan olh shbt sy tentang pemergian bonda tercinta salah seorg shbt kami yg juga claZmate time sekolah dulu.

> > “Baru ja jmpa mesyuarat agung muslimat ahad ari tu” – kata ayh sebaik mengetahuinya.

Semlm kami dikhabarkan bondanya koma dan berada di HSJ. Mengejutkan..


[14 April 09]

Lebih kurang dlm kul 10 pagi td shbt sy, Fahmi call. Tapi sy still x leh ke umah Nasuha. Apa yg mampu, 4wdkn msg pd shbt2 yg lain. Padahal keta ada. Lesen pn ada…tapi…~~

Alhamdulillah ptg td sempat gak sy ke umah nasuha dgn mak,ayh dan abg. Ramai sgt. Tak putus2 org yg dtg ‘mengunjung’. Dan bersyukur tak terhingga apabila dpt jgk melihatnya buat kali terakhir w/pun terpaksa berasak. Semoga beliau ditempatkan bersama org2 yg soleh solehah..ameen.

> > Bersimpuh setia di sisi jenazah. Mutiara yg gugur dr kelopak matanya blh ‘dikira’ shj. Begitu juga ketika mana kami berbual. Riak wajahnya kelihatan begitu tenang spt tiada apa yg berlaku.. Begitu rapi skali kesedihannya disimpan. “tabah btol dia”..Tahniah Nasuha!!!

..........................................................................................................................................................................

[Ya Allah..bagaimana kalau aku ditempat dia? mampukah aku tempuh ujian yg amat berat ini? Bersediakah aku?]


Inilah realiti kehidupan yg tak blh disangkalkan..Setiap yg bernyawa pasti akan kembali bertemu penciptanya..~

Wallahu’alam~~

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 teratak rauQah |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net | Reviewed by Blogger Templates

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.