Orang Utan Pun Ada Sekolah! [2]

بسم الله الرحمن الرحيم


Bertemu kembali..(cam berita plk)

Setiap yg bernyawa berkehendak kpd sesuatu dalam perjalanan hidupnya. Apa yg membezakan adalah cara/bagaimana semua itu menjadi nyata atau dapat dimiliki.
Sahabat2 yg dikasihi, kita adalah sebaik-baik kejadian serta dikurniakan akal untuk berfikir. Cuba kita fikir sejenak tentang apa yg telah sy coretkan dalam post yg lepas.
- Orang Utan pun ada sekolah. Ada step2 sebelum hidup bebasdalam tempat yg lebih besar dan selesa.

- Dari bayi yg seolah-olah dalam penjara – hanya di atas katil, kemudian ke tadika – dalam tempat yg terhad keluasannya, sehinggalah dibiarkan bebas dalam kawasan yg luas dan bebas melakukan apa sahaja bukannya mudah. Tak cukup syarat jangan haraplah dapat ke step seterusnya. Ternyata semua ini memakan masa yang lama. Tapi, bagaimana haiwan2 tersebut boleh melepasi step2 tersebut kalau bukan bersandarkan ‘usaha’ walaupun dengan cara mereka yg tersendiri – yg sudah semestinya berbeza dengan kita yg jauh lebih baik dari mereka..

- Dapat disimpulkan di sini, untuk berada di puncak bukannya mudah. Banyak rintangan yg perlu ditempuh dalam pendakian kita. Tanpa bimbingan akal dan tanpa usaha yg kuat, tentu sahaja pendakian tak akan ke mana…

- Selebihnya….

- Fikirlah sendiri..~~

Wallahu'alam.

Orang Utan Pun Ada Sekolah!

بسم الله الرحمن الرحيم

-- 'Bukit Merah Laketown Resort'. Itulah destinasi saya dan famili 3 minggu yg lepas. Setengah jam lebih (ye ker??) perjalanan dari rumah.

water park


- - Apa yang nk dikongsikan ialah pengalaman ke Pulau Orang Utan. Agak kecil tempatnya. Klu tak silap, 27 ekor sahaja orang utan di situ.‘Papan kenyataan’ yg dipenuhi asal-usul @ sejarah dan surat beranak orang utan dapat dilihat sebaik shj tiba di jeti pulau. Apa yg menarik, orang pun ada sekolah ghupanya..hehe..baghu cek tau!..agak melucukan..(memang lucu pun). Tapi itulah realitinya di Pulau Orang Utan Bkt Merah.

Ø Cute dan manja sgt baby orang utan ni. Antara gelagatnya, mntk ‘nurse’ dukung, tutup muka ngn bantal dll. Dah tu, siap ada teddy bear lagik..huhu..

Ø Melangkah ke ‘TADIKA’. Ada 3 ekor saja. Gayut sana..gayut sini..mentang2 la pandai..eksyen btoi..>,< neway..tetap tomei..

Ø ‘SEKOLAH RENDAH’. Tapi x de pelajar..yg dpt dilihat Cuma ‘meja, kursi’ sj. Mana hilangnya pelajar2 tersebut..erm..rupa2nya ‘budak tadika’ yg 3 ekor tadi la sepatutnya ke sek. rendah. Syarat ke sek rendah mesti dapat 5A dlm latihan/ujian yg ditetapkan. Tapi semuanya hanya dapat 4A. Jadi, tadika lg la jawabnya..huhu..~~

Ø Akhir sekali, sy ke ‘SEKOLAH MENENGAH’. Agak terbuka dan bebas berbanding sebelumnya. Kita hanya dpt melihat dri jauh. Banyak ekor jgk yg ana nmpk.

Ø Memang sonok sgt tengok gelagat2 orang utan. Masing2 ada gaya tersendiri. Setiap yg bernyawa mempunyai kehendak dan keperluan yg sama. Tapi tak akan sama dari segi cara/bagaimana menjadikan kehendak/keperluan itu satu realiti.

(apa yg si owner nk sampaikan sebenarnya nih??) - -


aiman boring x leh merangkak kt bwh~~


pulau org utan



CUBA TRY..

bru je dpt kt fs td..de shbt yg post kt bulletin..
hee..~~

Beberapa hari lepas, ada seorang sahabat saya telah bertanya satu soalan
psikologi yang saya kira sangat menarik. Ianya bukan sembarangan soalan kerana
daripada jawapan yang diberikan, anda dapat mengetahui sebab mengapa seseorang
itu memilih pasangan mereka.
Walaupun ia cuma ramalan psikologi, namun ada juga kebenarannya.
Nak tahu apa soalan tersebut? Baik, saya kongsikan dengan anda. Soalannya
berbunyi begini.
Ada 5 perkara berlaku serentak.
1.Air mendidih kat dapur.
2..Air paip melimpah kat bilik air.
3.Bayi menangis.
4.Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu.
Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan 'settle' kan
terlebih dahulu?
Anda dikehendaki untuk susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan
keutamaan yang anda fikirkan.
Semua perkara tersebut mestilah diselesaikan.
Susunlah ikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu.
Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang.
Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akanselesaikanmengikut
keutamaananda.
Fikir...
Fikir....
Fi kir...
Fikir...
Fikir...
O K, dah habis fikir dan buat keputusan?
Nak tahu apakah fakta terselindung disebalik jawapan yang anda berikan?
Baik, mari kita semak jawapan anda...
apakah ciri/sifat/perkara yang anda utama dan pentingkan dalam memilih pasangan
anda..
* Kalau anda memilih untuk menutup air medidih : menandakan anda mementingkan
keselamatan dan kebolehan 'si dia' untuk membimbing anda.

* Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air :
menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.

* Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis : menandakan anda
mementingkan cinta dan kasih sayang.

* Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi : menandakan
anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.

* Kalau anda memilih untuk membuka pintu : menandakan anda mementingkan rupa
paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.

anda yg mana????..

wallahu'alam..~~

"BERSATU UNTUK SEMUA"

بسم الله الرحمن الرحيم

Tanggal 3 April 2009 mengukir satu lagi sejarah dalam calendar tanah air tercinta. Kita semua sedia maklum, dato’ seri najib telah sah mengambil alih kuasa sbg PM yg ke6..’TAHNIAH’ buat rkyt Malaysia!..

“BERSATU UNTUK SEMUA” slogan baru yg mula kedengaran kini. Sejauh mana kebenarannya..wallahu’alam..tunggu dan lihat~~
Melalui perutusan beliau sempena mengambil alih kuasa dlm tampok pemerintahan Negara yg disiarkan semlm, syukur alhamdulillah apabila Najib telah menarik balik sekatan atas dua akhbar besar PR iaitu Harakah
dan Suara Keadilan serta membebaskan 13 tahanan ISA. Wahh..”bagus btol Najib ye”..”ni la pemimpin yg kita cari”..bla..bla..bla..mungkin byk lg suara2 yg terus menerus memuji tindakan beliau..

0wner >> terima kasih dato’ Najib!



Saya yakin, 'seyakin-yakinnya' ni semua bknnya agenda/gimik beliau atau mana2 pihak. Tapi apa yg berlaku ni adlh kebetulan dan ats sikap 'keprihatinan' dan sikap 'adil' yg cuba ditonjolkan pd umum sbg seorang Perdana Menteri...Wallahu'alam..~~


>> rakyat Malaysia bknnya boneka~~

Perasmian~~


بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah…akhirnya dpt jgk memiliki blog sendiri. >>> teratak rauQah..^_^ bermakna bertambah lagi satu amanah yg perlu dipikul~

Act, dah lama hajat ni terpendam..tapi masa tak mengizinkan (padahal x bpe nk rajin). Masa makin berlalu..buat pe berlengah lagi kn??..~

Akhir kalam, jemput singgah ke teratak buruk ni..sebarang idea mahupun teguran amat dialu-alukan..~~

Semoga teratak rauQah yg baru membuka tirai ini dpt dimanfaatkan bersama..~~

Wassalam..--


 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 teratak rauQah |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net | Reviewed by Blogger Templates

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.